fbpx

Penjara Bentong dikenakan PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penjara Bentong

PETALING JAYA – Penjara Bentong dan kuarters kakitangannya dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula hari ini sehingga 8 Februari 2021.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu diambil ekoran berlaku peningkatan kes positif jangkitan Covid-19 di penjara tersebut.

“Sebanyak 615 kes positif Covid-19 telah direkodkan melibatkan 574 tahanan, 34 kakitangan serta lima lima ahli keluarga.

“Kementerian Kesihatan (KKM) turut mengesahkan berlaku peningkatan kes secara mendadak dalam masa singkat dalam kalangan tahanan di penjara ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ismail Sabri berkata, pelaksanaan PKPD bertujuan memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua tahanan, kakitangan serta kontak rapat untuk memastikan tiada jangkitan dalam komuniti.

Menurut beliau, Prosedur Operasi Standard (SOP) PKPD di Penjara Bentong sama seperti diumumkan sebelum ini termasuk pergerakan keluar masuk dan lawatan ahli keluarga tidak dibenarkan.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI