fbpx

Kilang kitar semula digempur buang sisa tanpa rawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kilang kitar semula yang tidak diselenggara dengan baik sehingga membuang sisa air buangan tanpa rawatan terus ke longkang-longkang berhampiran di Sungai Buloh.

SHAH ALAM – Sebuah kilang kitar semula plastik terpakai tanpa lesen digempur selepas membuang efluen tanpa rawatan ke dalam longkang awam di Sungai Buloh dekat sini, kelmarin.

Operasi pukul 3 petang itu telah menemui 50 beg jumbo berisi sisa plastik terpakai, mesin-mesin penghancur dan cucian dalam kawasan tersebut.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor, Nor Aziah Jaafar berkata, serbuan itu hasil aduan dan maklumat orang awam berhubung lambakan buangan plastik terpakai di premis tersebut.

“Ketika serbuan terdapat beberapa pekerja sedang menyelenggara kelengkapan dan peralatan dengan kilang itu didapati beroperasi tanpa lesen.

“Pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati operasi kilang itu tidak diselenggara mengikut peraturan selain tidak teratur sehingga menyebabkan sisa air buangan dibiarkan mengalir ke longkang awam tanpa sebarang rawatan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Justeru, beliau menegaskan pihaknya menahan operasi kelengkapan kilang berkenaan bagi menghentikan pencemaran itu serta merta.

“Notis Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) di bawah Seksyen 38(1)(a), Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dikeluarkan bagi memastikan tindakan pembaikan diambil segera oleh pihak kilang.

“Kita memberikan amaran tegas kepada pihak industri agar tidak sewenang-wenangnya melepaskan sisa pencemaran,” jelasnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI