fbpx

Johor bakal ada bas berpandu tanpa rel atau ART

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Contoh model ART yang bakal dibangunkan di negeri Johor.

JOHOR BAHRU – Negeri Johor bakal menjadi yang pertama menggunakan Autonomous Rail Rapid Transit (ART) di kawasan Iskandar Malaysia sebagai projek perintis penggunaannya.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya Pengangkutan dan Infrastruktur negeri, Mohd. Solihan Badri berkata, sistem bas berpandu tanpa rel untuk pengangkutan di bandar itu adalah sebahagian projek di bawah Iskandar Malaysia Bus Rapid Transit (IMBRT).

Katanya, bas yang dikeluarkan oleh syarikat pengeluar dari luar negara itu sudah berada di negeri ini untuk IMBRT yang berada di peringkat akhir rekaannya.

“Kita sudah menerima satu model bas tetapi ada beberapa syarikat lain yang akan mempamer model bas mereka untuk kerajaan negeri melihat versi mana yang sesuai dan dapat kita gunakan untuk IMBRT.

“Kerajaan negeri juga pada peringkat akhir mengeluarkan tender untuk IMBRT termasuk di peringkat rekabentuk untuk stesen,” katanya kepada pemberita selepas meninjau kerja-kerja membaik pulih Lebuhraya Pasir Gudang di sini hari ini.

Beliau berkata, sistem pengangkutan ini mempunyai beberapa gerabak yang akan bergerak di atas jalan sedia ada yang telah ditetapkan.

Tambahnya, pihaknya akan untuk mengumumkan butiran lebih lanjut mengenai projek itu dalam masa terdekat.

Kerajaan Pusat menerusi Belanjawan 2021 menyalurkan peruntukan sebanyak RM780 juta untuk Negeri Johor yang sebahagian daripadanya untuk projek IMBRT berkenaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI