fbpx

Permohonan ATR meningkat 233%

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Permohonan peruntukan bagi Hak Trafik Udara (ATR) meningkat 233 peratus kepada 43 permohonan pada suku keempat 2020, berbanding hanya 12 permohonan pada suku
sebelumnya, menurut laporan dikeluarkan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) semalam.

Pertumbuhan tersebut disebabkan pertambahan permohonan untuk perkhidmatan kargo udara berjadual dan laluan domestik baharu.

Menurut Mavcom, pihaknya telah meluluskan 93 peratus daripada 43 permohonan ATR diterima, yang mana 14 ATR diluluskan untuk destinasi antarabangsa sementara baki 26 ATR lagi diluluskan untuk destinasi domestik.

“Kelulusan ATR untuk destinasi antarabangsa termasuk empat destinasi di negara China, dua untuk destinasi Eropah, dua bagi destinasi India dan selebihnya enam ATR diluluskan untuk
destinasi Asia yang lain,” katanya dalam siaran akhbar yang dikeluarkan di sini.

Berhubung peruntukan ATR bagi syarikat penerbangan, Malaysia Airlines Bhd. (MAB) menerima kelulusan tertinggi sebanyak 11 ATR, diikuti oleh AirAsia Group (10 ATR), MyJet Xpress Airlines Sdn. Bhd. (sembilan ATR), Raya Airways Sdn. Bhd. (enam ATR) dan Fly Firefly Sdn. Bhd. (empat ATR).

Berdasarkan lapangan terbang pula, sebanyak 17 peruntukan diluluskan untuk penerbangan berasal dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KUL), enam dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (SZB), lima peruntukan dari Lapangan Terbang Kota Kinabalu (BKI) dan 12 lagi dari lapangan terbang domestik yang lain.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Mavcom, Datuk Seri Saripuddin Kasim berkata, meskipun pemulihan industri penerbangan akan mengambil masa, masih terdapat ruang untuk pertumbuhan daripada segmen kargo.

“Pihak kami dapat melihat segmen kargo berkembang seiring dengan keperluan logistik dan pemain industri tempatan dilihat mengambil peluang untuk memenuhi keperluan baharu ini.

“Suruhanjaya akan terus berusaha membantu memulihkan semula industri penerbangan,” katanya.

Laporan ATR dikeluarkan secara berkala dan maklumat tersebut boleh didapati di laman web Mavcom di www.mavcom.my.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI