fbpx

Lelaki keluarkan kata jelik didenda RM100

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Amir didenda RM100 kerana mengeluarkan perkataan jelik terhadap anggota polis pada Selasa lalu.

KANGAR – Seorang penjual roti jala dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan
mengeluarkan perkataan jelik terhadap anggota polis dalam satu sekatan jalan raya (SJR) di sini pada Selasa lalu.

Tertuduh, Muhamad Amir Razif Razali, 25, mengaku bersalah sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret, Kamaliza Md. Zain.

Muhamad Amir kemudian dikenakan denda RM100 atau dipenjara dua hari jika gagal membayar denda tersebut.

Tertuduh membayar denda berkenaan.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa telah mengeluarkan perkataan jelik terhadap anggota polis dengan tujuan membangkitkan kemarahan untuk mengganggu keamanan di SJR Kilometer 1 Jalan Datuk Wan Ahmad di sini pada pukul 10.10 pagi, Selasa lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 yang sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM100.

Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Jodia Por Yi Tying manakala tertuduh diwakili Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Nur Diyana Ab. Shukor. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI