fbpx

KPLB peruntukkan RM355 juta bagi PPRT 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abd. Latiff menyampaikan amanat tahun baru kepada warga KPLB secara maya melalui Facebook hari ini.

PUTRAJAYA – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) memperuntukkan kira-kira RM355 juta untuk Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) bagi tahun ini.

Peruntukan bagi tujuan bina baharu melibatkan jumlah RM138.34 juta yang akan memberi manfaat kepada 2,000 penerima manakala sebanyak RM216.7 juta untuk tujuan baik pulih akan memberi manfaat kepada 14,000 penerima.

Menterinya, Datuk Abd. Latiff Ahmad berkata, pihaknya akan meneruskan fokus kepada projek-projek infrastruktur  di luar bandar tahun ini.

Beliau berkata, 539 projek infrastruktur yang telah dirancang untuk tahun ini diharap dapat dilaksanakan mengikut jadual walaupun berhadapan kekangan dan cabaran wabak Covid-19.

“Ini termasuk projek sambungan RMKe-11 yang perlu diberi keutamaan disegerakan dan dipantau rapi pelaksanaannya bagi memastikan projek berkaitan dapat disiapkan dalam tempoh ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat Tahun Baru 2021 KPLB secara langsung melalui Facebook hari ini.

Abd. Latif berkata, fokus kedua adalah untuk membasmi kemiskinan dan meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar khususnya dalam situasi pandemik Covid-19 di mana bilangan isi rumah miskin di luar bandar dijangka bertambah.

Menurutnya, Paras Garis Kemiskinan yang dipinda daripada RM960 kepada RM2,208 pada tahun 2019 menyebabkan bilangan isi rumah miskin di luar bandar meningkat daripada 78,187 kepada 182,116 pada April tahun lalu.

“Dalam hal ini, KPLB perlu menyelaraskan semula program-program ini untuk mengelakkan pertindihan dan mampu  mengeluarkan mereka yang berkaitan daripada lingkaran garis kemiskinan,” katanya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI