fbpx

‘Kantin Rakyat’ pandu lalu di Puncak Alam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. SHAID (kanan) memberi makanan percuma secara pandu lalu kepada orang ramai di hadapan pejabat PKM DUN Jeram, Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor, hari ini.

KUALA SELANGOR – Sebuah ‘Kantin Rakyat’ akan diwujudkan bulan depan di Bandar Puncak Alam di sini, bagi memberi makanan percuma secara pandu lalu kepada golongan kurang berkemampuan yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Mohd. Shaid Rosli berkata, inisiatif itu hasil kerjasama antara Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dengan perbincangan peringkat akhir sedang dijalankan berhubung sewaan bangunan milik MAIS di kawasan tersebut.

“Pemberian makanan secara percuma akan dilaksanakan setiap hari iaitu pada tengah hari dan malam.

“Semua makanan itu akan dimasak di bangunan sama sebelum diedarkan kepada orang ramai secara pandu lalu,” katanya ketika ditemui pada program Kongsi Rezeki di hadapan PKM DUN itu di sini, hari ini.

Pada program itu, sebanyak 500 bungkus nasi beriyani diberikan secara percuma kepada penduduk setempat yang terdiri daripada pelbagai lapisan bangsa.

Mohd. Shaid menambah, inisiatif itu diharap dapat meringankan beban golongan yang terjejas teruk akibat musim pandemik Covid-19 ketika ini.

“Kita menyasarkan sebanyak 300 bungkus makanan akan diberikan pada setiap hari terutama kepada penduduk di sekitar DUN Jeram.

“Namun, jumlah itu mungkin akan ditambah bergantung kepada permintaan atau hasil sumbangan derma orang ramai,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI