fbpx

WayV diburu peminat fanatik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMPULAN WAYV

KEJADIAN diganggu peminat fanatik bukan perkara asing bagi artis popular K-pop. Sama halnya yang terjadi kepada kumpulan WayV yang berang apabila diekori golongan peminat obses yang digelar ‘sasaeng’ baru-baru ini.

Perkara berkenaan didedahkan WayV ketika mereka berada di sebuah lokasi yang tidak didedahkan untuk menjalani penggambaran.

Mereka kemudiannya menyedari kehadiran dua orang sasaeng yang berada berdekatan kawasan penggambaran sambil menangkap gambar mereka.

Kejadian berlaku dalam keadaan cuaca bersalji yang sangat lebat sehingga membuatkan kumpulan WayV berasa tidak selesa kerana privasi mereka diganggu.

Ini bukan kejadian pertama mereka diekori peminat fanatik. Sebelum ini Wayv pernah diganggu dengan kehadiran golongan itu di hadapan dorm asrama mereka selain ada yang pernah muncul di set lokasi biarpun kawasan berkenaan tidak didedahkan kepada umum.

Tidak dapat menahan marah, seorang anggotanya iaitu Lucas memuat naik beberapa keping gambar individu berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI