fbpx

PKP: Masjid, surau terus beroperasi di NS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aminuddin Harun

SEREMBAN – Semua masjid dan surau di Negeri Sembilan dibenarkan untuk beroperasi sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri ini.

Bagaimanapun, menurut Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, ia perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).

“Semua masjid serta surau di Negeri Sembilan dibenarkan mengadakan solat fardhu dan solat Jumaat sepanjang tempoh PKP dengan merujuk kepada SOP yang telah dikeluarkan oleh JHEAINS sebelum ini.

“Jemaah diwajibkan membawa sejadah sendiri yang bersaiz besar, memakai pelitup muka, perlu mengambil wuduk di rumah dan mematuhi had keluasan melakukan ibadah di dalam ruang utama masjid sah,” katanya dalam sidang akhbar khas di sini hari ini.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam memaklumkan seluruh negara bermula 22 Januari ini berada di bawah PKP kecuali negeri Sarawak.

Dalam pada itu, Aminuddin menambah, bagi pusat ibadat bukan Islam, hanya aktiviti sembahyang sahaja dibenarkan.

“Rumah ibadat bukan Islam dibenarkan untuk mengadakan aktiviti sembahyang sahaja. Tidak dibenarkan untuk mengadakan sebarang sambutan, majlis perayaan, perkahwinan, pernikahan di semua rumah ibadat bukan Islam,” katanya.

Bagi memudahkan urusan rakyat, kerajaan negeri juga menurut Aminuddin akan membuka semua kanter perkhidmatan sepanjang tempoh pelaksanaan PKP.

“Kerajaan negeri mengambil keputusan untuk membuka kaunter perkhidmatan sebanyak 100 peratus dibawah kelolaan kerajaan negeri demi kepentingan rakyat,” katanya.

Sementara itu, Aminuddin turut berharap Majlis Keselamatan Negara (MKN) mempertimbangkan cadangan bagi membenarkan operasi premis makanan termasuk perkhidmatan penghantaran makanan dilanjutkan sehingga pukul 10 malam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI