fbpx

Perwira negara gugur ketika bertugas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang sempat diambil rakan Allahyarham ketika dia tertidur sewaktu bertugas menentang Covid-19.

PETALING JAYA- Negara disifatkan kehilangan perwira barisan hadapan dalam menentang Covid-19 selepas seorang doktor yang bertugas di Kementerian Kesihatan (KKM) dilaporkan meninggal kelmarin.

Berita dukacita itu dimaklumkan Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) awal pagi tadi menerusi hantaran dimuat naik di Facebook rasmi mereka.

Menerusi status itu, SPJM turut menunjukkan gambar Allahyarham yang tertidur ketika bertugas dengan masih mengenakan set pakaian perlindungan selain penutup muka.

Katanya, gambar itu sempat diambil oleh rakan Allahyarham sebelum dia jatuh sakit ekoran beban kerja tinggi dan terlalu penat selepas bertugas sebagai petugas barisan hadapan KKM.

“Arwah adalah ahli berdaftar SPJM dan mengikuti SPJM sejak 2018 serta menyertai Kursus Pengurusan Jenazah SPJM di Surau Quba Sentul pada dua tahun lalu.

“Dr. Ali dikhabarkan sebagai seorang ahli khidmat dakwah dan sudah dua kali menyertai ijtimak atau perhimpunan jemaah tabligh di Beaufort, Sabah,” katanya di sini.

Katanya, Dr. Ali juga akan datang dari Selangor berkhidmat secara sukarela sebagai petugas perubatan bagi peserta setiap kali ijtimak besar dianjurkan.

“Semoga Allah SWT menerima segala amal kebajikan beliau dan mengampuni segala dosanya yang lampau. Salam takziah buat ahli keluarganya,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI