fbpx

Berkat jaga ibu, bekas pereka grafik jadi petani berjaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. FAIRUZ dan isterinya melihat tanaman cili Sakata 461 di Jalan Haji Jalil, Ayer Baloi, di Pontian baru-baru ini.

PONTIAN – Keputusan seorang bekas ketua pereka grafik berhenti kerja untuk menjaga ibu selepas kematian bapanya tiga tahun lalu nyata membuka peluang rezeki lebih luas buat dirinya.

Selepas Mohd. Fairuz Hashim, 37, berhenti kerja daripada sebuah syarikat perabot di Pasir Gudang dekat sini, dia pulang ke Kampung Ayer Baloi di sini dan mengusahakan tanaman cili.

Menurut Mohd. Fairuz, bapa­nya, Hashim Ibrahim meninggal dunia pada tahun 2017 dan dia kemudiannya meninggalkan kerjaya untuk menjaga ibunya, Samsiah Abdullah, 70-an, yang tinggal bersendirian di kampung.

“Tiada orang jaga ibu, jadi saya buat keputusan untuk pulang ke kampung bersama isteri, Nur Hanisah Zakaria dan anak-anak. Kebetulan pula ayah ada tinggalkan tanah seluas dua ekar (0.8 hektar).

“Saya fikir daripada terbiar macam itu, baik saya usahakan sesuatu yang boleh mendatangkan hasil dan daripada situlah saya mula menanam cili jenis sakata 461,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Mohd. Fairuz berkata, dia mendapatkan khidmat nasi­­hat daripada Pertubuhan Pela­­dang Kawasan ( PPK ) Ayer Baloi ­ser­ta Pejabat Pertanian Da­e­rah ba­gi bagi mengusahakan ta­nah ­ter­sebut.

Ujarnya, dia memulakan tanaman cili sakata 461 secara fertigasi sebanyak 1,000 pokok di atas tanah seluas 0.4 hektar de­ngan kos sebanyak RM40,00 bagi penyediaan tapak dan peralatan fertigasi.

“Pada tahun 2018, saya menerima Peruntukan Hubungan Strategik (Strategic Linkages – SL) Negeri Johor di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) iaitu 500 set unit fertigasi bernilai RM10,000,” ujarnya.

Pemegang Diploma Reka Bentuk ini berkata, 1,000 polibeg mampu mengeluarkan hasil kira-kira 5 hingga 6 tan semusim dengan memasarkannya melalui PPK Ayer Baloi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI