fbpx

UNGERIN tangkap tekong laut, PATI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
37 orang PATI ditahan ketika cuba menyusup keluar secara haram diberkas Unit Gempur Marin di Perairan Sungai Buloh, semalam.

KLANG – Tindakan berani anggota Unit Gempur Marin (UNGERIN) melompat memasuki sebuah tongkang berjaya mematahkan cubaan 37 pendatang asing tanpa izin (PATI) Indonesia menyusup keluar secara haram di Perairan Sungai Buloh dekat sini, semalam.

Dalam kejadian pukul 10.30 malam itu menahan kesemua PATI termasuk tekong laut juga warga Indonesia berusia satu hingga 50 tahun.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1, Asisten Komisioner Rosman Ismail berkata, kejayaan itu hasil rondaan Op Khas Ungerin yang mengesan sebuah tongkang dalam keadaan mencurigakan pada jarak kira-kira 1.4 batu nautika dari pantai Sungai Buloh.

Katanya, ketika ditahan didapati tongkang yang dikendalikan tekong laut itu cuba melarikan diri.

“Anggota serbuan daripada UNGERIN terpaksa melompat masuk ke tongkang tersebut sebelum menahan tekong dan kru tongkang berkenaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati seramai 37 PATI termasuk seorang kanak-kanak perempuan berada dalam tongkang berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelas Rosman, kes disiasat mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) dan Akta Imigresen,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI