fbpx

Kadar OPR dijangka turun kepada 1.5 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Keputusan daripada mesyuarat jawatankuasa dasar monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) pertama tahun 2021 yang bakal diadakan pada Rabu ini bakal menyaksikan penurunan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 0.25 mata kepada 1.5 peratus.

Ketua Ahli Ekonomi OCBC Bank, Serena Ling berkata, ia berikutan situasi perkembangan semasa, antara lain kadar jangkitan Covid-19 yang tinggi, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di wilayah ekonomi utama negara termasuk Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor serta Proklamasi Darurat.

Menurutnya, bergantung kepada prestasi kawalan jangkitan pandemik dalam tempoh beberapa minggu akan datang, kita mungkin akan melihat OPR diturunkan lagi kepada 1.25 peratus pada mesyuarat MPC seterusnya pada Mac depan.

“Dengan prospek bantuan fiskal berskala besar dilihat suram berikutan kadar hutang kerajaan yang secara relatifnya agak tinggi, maka dasar kewangan dilihat akan memainkan pe­ranan yang lebih besar.

“Ketika mengekalkan kadar OPR buat kali kedua berturut-turut pada 1.75 peratus pada me­syuarat terakhir MPC November lalu, BNM dilihat masih dilihat agak optimistik dengan prospek pertumbuhan.

“Kami menjangkakan nada tersebut akan berubah berikutan perkembangan terbaharu ini dan kami melihat peluang yang lebih besar OPR akan diturunkan kepada 1.5 peratus,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Dalam pada itu, menurut Ling, secara keseluruhan pihaknya masih optimis terhadap prospek ekonomi Malaysia dan pemulihan ekonomi pada akhir 2021, terutamanya dengan sektor pembuatan domestik mendapat manfaat daripada pemulihan sektor elektronik global.

Bagaimanapun katanya, tempoh beberapa bulan ke hadapan ini dijangka memberi cabaran kepada proses pemulihan tersebut.

“Perkembangan terbaharu mungkin akan membawa kepada pertumbuhan yang lebih singkat, khasnya bagi suku pertama 2021.

“Meskipun eksport semakin menunjukkan tanda untuk mencatat keuntungan daripada pemulihan permintaan terhadap berangan elektronik tetapi segmen domestik mungkin akan menjadi beban, lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI