fbpx

Jo Kwon kena kecam sebab kasut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JO KWON

PENYANYI dan pelakon Jo Kwon memacu perhatian luar biasa apabila tampil berani mengenakan kasut tumit tinggi ketika hadir ke penganjuran kelima majlis Anugerah Muzikal Korea, baru-baru ini.

Anggota kumpulan 2AM itu tampil memakai kasut tumit tinggi berwarna merah sambil mengenakan sepasang sut berwarna biru velvet dan topeng pelitup muka bertatahkan berlian.

Meskipun fesyen yang digayakannya tidak pernah dilakukan mana-mana selebriti lelaki di Korea Selatan sebelum ini, Jo Kwon tetap berani dan tampil yakin beraksi di hadapan kamera yang merakam gambarnya.

“Saya pernah mengimpikan untuk memakai kasut tumit tinggi di atas karpet merah. Hari ini mimpi saya jadi kenyataan.

“Mungkin disebabkan hari ini saya hadir sebagai Jamie (watak dalam muzikal Jamie), jadi saya juga boleh memakai topeng pelitup muka ini,” katanya yakin.

Selepas keberaniannya tular dalam internet, ramai netizen memuji tindakan Jo Kwon selain menganggap sudah tiba masanya industri fesyen di Korea Selatan bersikap terbuka.

Pada anugerah yang berlangsung pada 11 Januari lalu, Jo Kwon tersenarai untuk karakternya dalam muzikal Jamie.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI