fbpx
WEE KIONG (kiri) dan V Shem menempah slot final Terbuka Thailand apabila mudah menewaskan beregu muda dari Indonesia semalam.

V Shem-Wee Kiong harapan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEREGU lelaki profesional negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong menggalas harapan Malaysia apabila menempah slot ke perlawanan akhir kejohanan Badminton Terbuka Thailand di Bangkok yang dijadualkan berlangsung hari ini.

Bekas beregu No.1 dunia itu mudah melangkah ke pentas fi­nal selepas menewaskan beregu muda Indonesia, Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin 21-19, 21-10 pada aksi separuh akhir semalam.

Kata V Shem, mereka berjaya mengambil kesempatan atas ke­silapan yang dilakukan selain dapat melihat beregu muda berke­naan bermain dalam keadaan gugup.

“Secara keseluruhan, saya gembira dengan permainan kami hari ini (semalam), lebih-lebih lagi dapat kawal gelanggang de­ngan baik sepanjang aksi dua set itu.

“Kami juga boleh lihat beregu Indonesia bermain dalam kea­daan gugup. Oleh itu, kami ambil kesempatan tersebut untuk lakukan serangan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.

Selain itu, beberapa kesilapan yang dilakukan Carnando-Marthin terutamanya pada set kedua memberi kelebihan untuk menjarakkan diri dengan perbezaan mata le­bih besar.

“Pada set kedua, mereka ba­nyak lakukan kesilapan mudah dan kami berjaya mengambil ke­sempatan itu.

“Bagi aksi final esok (hari ini), kami akan berbincang bagi memi­lih taktikal terbaik,” ujarnya lagi.