fbpx

Pahang terima bekalan elektrik sepenuhnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota kerja TNB Tanah Merah dan Gua Musang melakukan kerja-kerja mula tugas pencawang elektrik di Kampung Ganding di daerah Kuala Lipis, Pahang setelah dipastikan selamat untuk beroperasi.

PETALING JAYA- Tenaga Nasional Berhad (TNB) membuka semula semua 368 pencawang elektrik di seluruh negeri Pahang, membolehkan negeri itu mendapat bekalan elektrik sepenuhnya selepas banjir semakin surut.

Dalam satu kenyataan, TNB memaklumkan empat pencawang masih mendapat bekalan melalui set janakuasa bergerak.

“Penutupan pencawang elektrik ketika banjir dilakukan demi keselamatan pengguna dan TNB sentiasa berusaha memulihkan bekalan dengan mengambil kira aspek keselamatan pengguna dan pekerja TNB.

“Bilik gerakan TNB di Pahang masih beroperasi untuk tujuan pemantauan selain bagi menyampaikan maklumat berkaitan bekalan,” katanya hari ini.

Orang ramai dinasihati menjauhkan diri daripada menghampiri tiang elektrik, pepasangan elektrik dan kabel elektrik yang ditelenggami air.

“Semua ini mungkin masih mempunyai arus bekalan elektrik dan boleh menyebabkan risiko renjatan.

Orang ramai juga dinasihatkan agar berhati-hati ketika menggunakan peralatan elektrik jika premis mereka dinaiki air. Elakkan menyentuh alat elektrik atau suis dengan tangan yang basah dan lembap kerana ia boleh menyebabkan renjatan elektrik,” ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI