fbpx

Hunny mahu cari bakal suami kelakar, penyayang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norhanizah Mahadi

Minat pada cabaran, bekerja bawah tekanan dan enggan ‘melepak’ di pejabat sahaja membuatkan Norhanizah Mahadi, 33, memilih dunia penyiaran sebagai kerjayanya.

Selain itu, anak kelahiran Tanjung Malim, Perak yang mesra disapa Hunny itu menjadikan aktiviti karaoke bagi melepaskan tekanan selepas memerah otak mencari pelbagai idea untuk slot programnya sesuai dengan diri­nya sebagai penerbit rancangan.

Hunny memperuntukkan tiga kali seminggu untuk bersenam bagi memastikan dirinya cergas seterusnya mampu mengekalkan kejelitaannya pada usianya sekarang.

Ikuti temu bual Kosmo! Ahad bersama Hunny yang turut me­ngusahakan kedai makan bersama rakan-rakan.

Hunny idamkan lelaki kelakar dan bertanggungjawab.

Kosmo! Ahad: Berapa lama terlibat bidang penyiaran?
Hunny: 10 tahun selepas tamat pengajian di Institut Media Integratif Malaysia pada 2011.

Program penyiaran pernah terlibat?
Meletop, Tom Tom Bak, Kilauan Emas, Opocot Melatah dan Taste Celebrity.
Sekarang ini, saya sedang terbabit dalam penggambaran untuk program Opocot Melatah musim kedua yang akan menemui penonton tidak lama lagi.

Pengalaman tidak dilupakan dalam bidang penyiaran?
Diminta untuk pulang ke studio pada hari kedua raya Aidilfitri tahun 2014 berikutan masalah teknikal dalam iklan yang saya buat.

Cabaran kerjaya penyiaran?
Menyiapkan sesebuah program atau rancangan dalam tempoh singkat untuk sesuatu edisi siaran.

Pernah bercinta?
Saya tidak pernah ada teman lelaki. Namun mengidamkan bakal suami seorang yang kelakar, penyayang dan bertanggungjawab.

Kenapa belum pernah bercinta?
Saya selesa hidup solo tambahan pula belum jumpa lelaki yang sesuai dengan saya.

Kerja sampingan selain penolong penerbit?
Buka kedai makan di Ampang, kira-kira setahun lalu bersama beberapa rakan.

Sambutan orang awam terhadap perniagaan?
Alhamdulillah, sambutan amat mengalakkan, namun tempias Covid-19 menyebabkan perniagaan sedikit terjejas.

Hobi masa lapang?
Bersantai di rumah dengan menonton televisyen selain berkaraoke.

Penyanyi kegemaran anda?
Saya suka Amy Search kerana dia mempunyai suara yang unik dan boleh menyanyi dengan nada yang tinggi.

Rahsia kecantikan?
Bersenam tiga kali seminggu dan sentiasa positif agar badan dan otak sentiasa cergas.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI