fbpx

105,849 individu pulang ke tanah air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISMAIL SABRI

PETALING JAYA – Seramai 105,849 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa sejak 24 Julai 2020 sehingga 16 Januari 2021.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu kesemua telah ditempatkan di 82 Hotel dan 16 Institut Latihan Awam ILA) serta Institut Pengajian Swasta.

“Daripada jumlah itu, seramai 8,541 individu sedang menjalani proses Kuarantin Wajib manakala 540 individu telah dihantar ke hospital untuk rawatan.

“Seramai 96,768 individu telah dibenarkan pulang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, mengulas mengenai sanitasi awam Ismail Sabri berkata, sebanyak 101 operasi sanitasi meliputi 31 Zon Merah, tiga Zon Jingga, lima Zon Kuning dan satu Zon Hijau telah dilaksanakan.

“Ops Sanitasi Awam di bawah kawal selia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sejak 30 Mac 2020 telah melakukan 14,000 operasi sanitasi merangkumi 145 zon.

“Sebanyak 15,388 premis telah disanitasi yang terdiri daripada 2,993 pusat perniagaan, 1,730 kawasan perumahan termasuk PPR, 3,054 tempat awam, 357 pasar raya dan 7,254 bangunan kerajaan,” jelasnya.

Dalam pada itu Ismail Sabri memaklumkan, anggota penguatkuasa telah membuat pemeriksaan di lima tapak binaan di seluruh Malaysia semalam dan hasil pemeriksaan mendapati kesemua tapak binaan telah mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

“Sejak 20 April 2020 sehingga 16 Januari 2021, sebanyak 14,364 jumlah pemeriksaan telah dilakukan oleh anggota penguatkuasa Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) yang melibatkan 8,132 tapak binaan di seluruh negara,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI