fbpx

Pochettino rangkul trofi pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PSG muncul juara Piala Super Perancis selepas menundukkan Marseille pada aksi awal pagi semalam. – AFP

LENS, PERANCIS – Jurulatih Paris Saint-Germain (PSG), Mauricio Pochettino merangkul gela­ran pertama dalam kariernya selepas membimbing pasukan itu menjulang Piala Super Perancis awal pagi semalam.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Bollaert-Delelis itu, Mauro Icardi dan Neymar ma­sing-masing menjaringkan satu gol buat PSG sementara gol saguhati Marseille dijaringkan Dimitri Payet.

Kata Pochettino, trofi tersebut hanyalah sebagai permulaan memandangkan beliau mempunyai sasaran lain termasuk Ligue 1, Piala Perancis serta Liga Juara-Juara.

“Selepas 10 hari menjadi jurulatih PSG, saya terus terlibat dalam perlawanan penting se­perti ini. Bagi saya, sangat pen­ting untuk memenangi trofi ini.

“Ini hanyalah sebagai permulaan kerana kami akan menjadi sebuah pasukan lebih baik selepas saya terapkan falsafah bola sepak saya sendiri,” ujar bekas pengurus Tottenham Hotspur itu.

Pada masa sama, beliau turut memberi penghargaan kepada jurulatih terdahulu, Thomas Tuchel yang sudah banyak membawa kejayaan buat pasukan tersebut.

“Terima kasih kepada semua pemain kerana sudah memberikan aksi terbaik. Saya juga mahu berterima kasih kepada Thomas Tuchel kerana tanpa beliau, tidak mungkin kami akan beraksi pada perlawanan ini,” katanya.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI