fbpx

Peluang melabur di pasaran China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG wanita keluar dari bangunan Bursa Shanghai di Shanghai, China baru-baru ini. – AFP

KUALA LUMPUR – Produk pelaburan baharu UOB Asset Management Malaysia menawarkan potensi jangka panjang bagi pelabur Malaysia yang ingin mengambil kesempatan daripada
peluang pertumbuhan di pasaran China.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Lim Suet Ling berkata, produk United Great Dragon Fund yang memberi akses kepada pelabur runcit terhadap syarikat tersenarai di China itu akan melabur
dalam United China A-Shares Innovation Fund (Dana Sasaran) UOB Asset Management Ltd. (UOBAM).

Menurut beliau, ia akan memberi tumpuan kepada syarikat-syarikat di pasaran Saham A China 1 .

“Syarikat berkenaan terdiri daripada pengamal utama teknologi, inovasi dan trend pertumbuhan jangka panjang seperti kekayaan pengguna dan perbandaran yang semakin meningkat,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Suet Ling menerangkan, China dijangka mengambil tempat Amerika Syarikat sebagai ekonomi terbesar dunia menjelang tahun 2028 apabila beralih daripada ekonomi yang dipacu eksport kepada ekonomi memfokuskan industri pertumbuhan tinggi, didorong oleh kemajuan teknologi.

Peralihan ini dicirikan oleh penggunaan domestik yang semakin meningkat serta pengembangan sektor tambah nilai.

Tambah beliau, Saham A China 1 adalah ekuiti syarikat berpangkalan di Tanah Besar China yang berdagang di dua bursa saham China, iaitu Shanghai Stock Exchange (SSE) dan Shenzhen Stock Exchange (SZSE).

Mengulas lanjut, Suet Ling berkata, United Great Dragon Fund sesuai untuk pelabur runcit yang inginkan pulangan dalam jangka masa sederhana dan panjang.

Dana itu bertujuan mencapai peningkatan modal jangka panjang dengan melabur sekurang-kurangnya 90 peratus daripada nilai aset bersihnya dalam Dana Sasaran, manakala bakinya dalam aset cair seperti instrument pasaran wang dan deposit.

Sebelum ini, Saham A China hanya dibuka untuk pelabur yang berpangkalan di China.

Walau bagaimanapun, kerajaan negara itu baru-baru ini telah melonggarkan sekatan pemilikan asing kepada pelabur institusi global.

“Dengan United Great Dragon Fund, pelabur runcit akan lebih mudah mengakses peluang pertumbuhan di China melalui pasaran Saham A,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI