fbpx

Operasi institusi pendidikan di Kelantan dan Sibu tertakluk jadual PKP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Semua institusi pendidikan bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di negeri Kelantan dan Bahagian Sibu, Sarawak hendaklah mengikut ketetapan yang dibuat bagi pengoperasian institusi pendidikan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

KPM dalam satu kenyataan berkata, panduan pengoperasian bagi kedua-dua negeri ini boleh berpandukan kenyataan media berkenaan Pengoperasian Institusi Pendidikan Bawah KPM bertarikh 11 Januari 2021.

Jadual rumusan pengoperasian pendidikan di kawasan PKP, PKPB dan PKPP.

Katanya, arahan tersebut susulan pelaksanaan PKP berkuat kuasa esok di Kelantan dan Bahagian Sibu, Sarawak yang diumumkan Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

“Sebagai rujukan, rumusan pengoperasian institusi bawah KPM di kawasan PKP atau PKP Bersyarat (PKPB) atau PKP Pemulihan (PKPP) terpakai bagi daerah atau negeri yang diisytiharkan sebagai kawasan PKP atau PKPB atau PKPP dari semasa ke semasa,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI