fbpx

Maqis rampas 86,500 kg bawang China, Pakistan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAWANG dari China dan Pakistan yang dirampas Maqis Selangor.

KLANG – Cubaan sebuah syarikat pemborong tempatan membawa masuk dua kontena bawang merah dan bawang kuning dari China dan Pakistan berjaya dipatahkan pihak berkuasa di Pelabuhan Klang Barat baru-baru ini.

Kesemua bawang seberat 86,500 kilogram (kg) itu dirampas pukul 11.30 pagi, Selasa lalu hasil pemeriksaan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Selangor.

Pengarahnya, Dr. Tarmisal Alimin berkata, hasil siasatan mendapati ini merupakan kesalahan pertama syarikat yang menjalankan peniagaan berunsurkan pemborong itu.

Difahamkan syarikat itu beroperasi di sebuah negeri di pantai timur sejak 2009.

“Pemeriksaan mendapati kontena itu telah tiba di pelabuhan tersebut sejak 5 Januari lalu.

“Hasil pemeriksaan mendapati ia tidak mematuhi syarat permit import Maqis iaitu sijil Perakuan 3P meliputi penggredan, pembungkusan dan pelabelan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Nilai rampasan kesemua bawang itu dianggarkan RM179,822.85.

Tarmisal menambah, kes disiasat mengikut Seksyen 15(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011[Akta 728].

“Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau keduanya sekali di bawah Seksyen 15(2) Akta yang sama,” jelasnya.

Beliau menegaskan pihaknya mengambil serius dalam isu melibatkan keselamatan makanan, kawalan penyakit dan risiko kemasukan perosak yang boleh mengancam kelestarian makanan negara. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI