fbpx

Cuai, ralat – Sheila Abdul harap duit yang dikebas dipulangkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sheila memohon agar wanita (kanan) yang mengambil wangnya itu menghubunginya dengan kadar segera.

PETALING JAYA – Biarpun berpunca daripada kecuaian sendiri, penyanyi Sheila Abdul berharap individu yang mengambil wangnya di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) tiga hari lalu dipulangkan dengan segera.

Insiden tersebut berlaku selepas dia terlupa mengambil wang yang dikeluarkan di ATM sebuah pasaraya di Puncak Alam, Selangor. Sebaik sahaja meninggalkan ATM berkenaan, wangnya diambil individu tidak bertanggungjawab.

Mengaku kejadian tersebut merupakan kecuaiannya sendiri, pelantun lagu Mungkinkah memohon individu tersebut memulangkan semula wangnya. Pihak pengurusan pasaraya juga mempunyai rakaman daripada televisyen litar tertutup (CCTV).

“Saya mohon anda viralkan supaya individu itu sedar silapnya dan mesej saya untuk minta maaf serta pulangkan duit itu.

“Saya faham ramai yang susah ketika musim Perintah Kawalan Pergerakan ini, namun itu bukan alasan untuk awak ambil kesempatan atas kecuaian orang lain,” katanya dalam satu entri Instagram.

Sementara itu, pemilik nama lengkap Nursheila Abdullah itu memberitahu, dia juga pada awalnya sudah berniat untuk menyedekahkan sahaja wang tersebut namun berubah selepas menonton CCTV.

“Selepas pengurusan pasar raya menunjukkan rakaman CCTV, saya berasa ralat kerana wanita yang mengambil duit itu hanya berselisih dan tidak jujur untuk pulangkannya. Apa salahnya kalau awak panggil saya dan pulangkan duit berkenaan.

“Laporan polis sudah dibuat dan sebelum berlarutan, harap individu itu dapat hubungi saya segera sebelum pihak polis mencarinya,” katanya.

Bekas pramugari Malindo Air itu juga turut berpesan kepada pengikutnya supaya elakkan berbual atau menggunakan telefon bimbit ketika berada di mesin ATM bagi mengelakkan kejadian sama berlaku.

“Mohon tularkan supaya pencuri dapat pengajarannya dan kita semua belajar menjadi insan yang jujur jika terjumpa duit orang lain,” katanya lagi.

Terdahulu, Sheila berkongsi satu rakaman video CCTV yang memaparkan kejadian wang tunainya diambil oleh seorang wanita dari mesin ATM pada 12 Januari lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN