fbpx

My Local Stats kini boleh diakses menerusi visual interaktif – DOSM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Uzir.

PUTRAJAYA – Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk mendapatkan akses kepada data My Local Stats menerusi pengenalan Visual Interaktif My Local Stats.

Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, visual interaktif itu boleh dimuat turun menerusi aplikasi mudah alih di telefon bimbit dan versi laman web di www.dosm.gov.my.

“Visual interaktif ini juga memuatkan statistik sosioekonomi utama diperingkat daerah pentadbiran bagi siri masa 2017 hingga 2019 berdasarkan penerbitan My Local Stats yang diterbitkan pada 19 Oktober 2020.

“Platform ini dibangunkan bagi membantu pengguna untuk membuat carian mudah statistik sosioekonomi sehingga ke peringkat daerah pentadbiran sekali gus menyokong usaha merakyatkan statistik,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, platform ini amat berguna kepada pihak berkuasa tempatan (PBT), sektor swasta, akademia, pelajar institut pengajian tinggi, sekolah, penyelidik dan persendirian.

“Secara keseluruhan, visual interaktif ini meliputi 17 bidang utama yang mengandungi 332 indikator terdiri statistik penduduk, perumahan, guna tenaga, pendapatan, perbelanjaan isi rumah, pendidikan, kesihatan, internet, media sosial, keselamatan awam, kebajikan dan perhubungan,” jelasnya-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI