fbpx

Situasi berbeza dengan Proklamasi Darurat 1969

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Proklamasi Darurat yang diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sehingga 1 Ogos depan adalah berbeza dengan Proklamasi Darurat pada tahun 1969 yang disebabkan oleh ancaman keselamatan.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, pengisytiharan Proklamasi Darurat itu sebaliknya adalah untuk mengekang ancaman penularan wabak Covid-19 yang semakin membimbangkan dan berisiko tinggi menggugat tiga asas utama dalam Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata, pendekatan itu akan menjamin kestabilan negara dan membolehkan kerajaan kekal fokus kepada usaha memulihkan ekonomi serta memastikan kehidupan rakyat yang makmur dan sejahtera.

“Situasi ini berbeza dengan Proklamasi Darurat pada tahun 1969 yang menyebabkan pengawalan ketat anggota keselamatan negara bagi menangani keadaan tegang ketika itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd. Zuki berkata, dalam situasi semasa, jentera pentadbiran negara tidak akan terkesan dengan pengisytiharan darurat itu.

Beliau berkata, ia kerana segala operasi dalam sektor awam dan swasta merangkumi aktiviti ekonomi, industri serta rantaiannya berjalan seperti biasa dengan pematuhan prosedur standard operasi (SOP) dalam Perintah Kawalan Pergerakan yang masih berkuat kuasa. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI