fbpx

Langkah besar NSFC rombak pasukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TUNKU SYED RAZMAN (dua dari kiri) menyampaikan replika cek kepada pemenang pertandingan mencipta logo NSFC, Nur Azral Ramlay di pejabat PBNS, Wisma PBNS, Rahang semalam.

PASUKAN Negeri Sembilan FC (NSFC) membuat rombakan besar-besaran apabila hanya mengekalkan tiga orang pemain daripada skuad musim lalu bagi membawa cabaran pada saingan Liga Premier 2021.

Pengurus dan ketua jurulatih NSFC, K. Devan berkata, daripada 18 orang pemain tempatan yang didaftarkan musim ini, 15 daripadanya merupakan muka baharu dan langkah itu perlu diambil bagi mencapai sasaran untuk layak ke Liga Super 2022.

“Selepas apa yang dialami pa­sukan itu pada musim lalu, kita mempunyai sasaran berbeza untuk musim 2021 dan sudah tentunya sesuatu yang lebih positif.

“NSFC sasar untuk layak ke Liga Super 2022, jadi kita mesti membentuk pasukan untuk mencapai sasaran berkenaan dan perlu buat banyak perubahan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Pengumuman Pemenang Reka Cipta Logo NSFC dan Pengumuman Penaja Pakaian Rasmi NSFC bagi musim 2021 di Pejabat Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) di Wisma PBNS, Rahang semalam.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Tunku Besar Tampin merangkap Presiden PBNS, Tunku Syed Razman Syed Idrus Al-Qadri.

Menurut Devan, tiga orang pemain musim lepas yang masih dikekalkan ialah penjaga gol, Mohd. Kaharuddin Abd. Rahman; pemain pertahanan, Danial Hadri Effandi Jagan dan pemain tengah, A. Selvan.

“Pasukan NSFC pada musim ini akan mendaftarkan 22 orang pemain termasuk 18 pemain tempatan dan empat pemain import. Kesemua pemain import telah dikenal pasti termasuk dari Korea Selatan, Bae Beom-geun yang telah memulakan latihan bersama pasukan.

“Saya dan pengurusan pasukan juga melantik bekas pemain kebangsaan, Mohd. Zaquan Adha Abdul Radzak sebagai ketua pa­sukan, mengambil kira dia paling senior dalam pasukan, anak jati Negeri Sembilan serta pencapaiannya termasuk bersama pasukan kebangsaan,” katanya.

Sementara itu, pada majlis tersebut, Tunku Syed Razman turut mengumumkan Devan dilantik sebagai pengurus pasukan NSFC musim ini.

“Saya percaya dan yakin dengan perancangan Devan dan saya harap dengan barisan kejurulatihan serta pemain yang ada akan dapat membantu pasukan NSFC kembali layak ke saingan Liga Super 2022,” katanya.

Dalam pada itu, jersi NSFC pada musim ini akan ditaja jenama tempatan iaitu Kaki Jersi yang turut menaja pasukan akademi NSFC dan Sekolah Sukan Negeri (SSN), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Zaba, Kuala Pilah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI