fbpx

Dua PKRC ditambah di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KOTA BHARU – Kerajaan negeri akan menambah dua lagi Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) sebagai persediaan awal sekiranya berlaku pertambahan bilangan pesakit di Kelantan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan Dan Kesihatan negeri, Dr. Izani Husin berkata, dua PKRC itu akan dibuka di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), Pengkalan Chepa di sini dan Dewan Sivik, Gua Musang.

“Sebanyak 150 buah katil disediakan di Putik manakala 100 buah katil di Dewan Sivik Gua Musang.

“Persiapan telah dilakukan dan kedua-dua pusat ini akan dibuka dengan segera,” katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) di Kompleks Kota Darul Naim di sini hari ini.

Mengulas lanjut, menurut Izani, penambahan PKRC itu berdasarkan kepada peningkatan kes Covid-19 yang semakin meningkat di negeri ini iaitu 1,393 kes secara keseluruhannya.

Katanya, sebelum ini, hanta satu PKRC dibuka iaitu di Dewan Jubli Perak di sini dengan kapasiti sebanyak 120 katill.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI