fbpx

Tunku Azizah bidas kenyataan pengguna Twitter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara ciapan dimuatnaik seorang pengguna Twitter hingga mendapat reaksi balas Tuanku Azizah.

PETALING JAYA – Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah membidas kenyataan seorang pengguna Twitter dengan nama V3N0MV yang mempertikaikan tindakan baginda bermain golf di Kuala Lumpur.

Pengguna tersebut berkongsi laporan media di laman Twitternya yang mengatakan Tunku Azizah bermain golf di The Mines sebelum membuat kejutan kepada isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali.

“Syoknya time-time negara dalam bencana,” kata pengguna tersebut.

Tunku Azizah bertitah di laman Instagram, baginda berada di Kuala Lumpur kerana berkenan menghadiri mahlis perkahwinan anak sahabat karibnya.

“Hati saya di Pahang bersama mangsa banjir dan saya akan kembali semula selepas Tuanku habis kerja di Kuala Lumpur.

“Salah ke saya pergi main golf? Saya buat program di Kuala Lumpur yang saya perlu hadiri sebagai Raja Permaisuri Agong dan kami akan kembali semula ke Pahang sebaik sahaja kerja di Kuala Lumpur selesai!,” titah baginda. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI