fbpx

Banci Malaysia 2020 secara bersemuka akan disusun semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Uzir

PUTRAJAYA – Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) akan menyusun semula Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci Malaysia 2020) fasa kedua membabitkan temuramah secara bersemuka susulan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bermula Rabu ini.

Pesuruhjaya Banci 2020 Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, banci berkenaan sepatutnya dijadualkan bermula 20 Januari ini sehingga 6 Februari depan.

Beliau yang juga Ketua Perangkawan Malaysia berkata, jabatan juga sedang meneliti semula gerak kerja Banci Malaysia 2020 termasuk membuka semula platform e-Census (banci dalam talian).

“Justeru, orang ramai yang masih belum membuat pengisian banci boleh mengambil peluang untuk mengisi maklumat banci secara atas talian.

“Sehubungan itu, tarikh baru pelaksanaan Banci Malaysia 2020 fasa kedua di seluruh negara akan dimaklumkan kepada umum kelak,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Bagaimanapun, katanya, bagi kawasan-kawasan selain PKP, pelaksanaan aktiviti di lapangan berkaitan Banci Malaysia 2020 dan survei-survei rutin DOSM masih diteruskan dengan pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP).

“Antara SOP berkenaan adalah membabitkan pengemaskinian penyenaraian tempat kediaman, aktiviti bersama komuniti dan penganjuran klinik e-Census di lokasi lokasi terpilih.

“Justeru orang ramai dan syarikat syarikat dimohon untuk terus memberi kerjasama kepada DOSM,” katanya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI