fbpx

Bomba selamatkan gagak tersangkut tali layang-layang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BOMBA menyelamatkan seekor burung gagak tersangkut tali layang-layang di Jelutong, Geogrge Town hari ini.

GEORGE TOWN – Anggota bomba berjaya menyelamatkan seekor burung gagak yang tersangkut pada tali layang-layang di persimpangan Penjara Pulau Pinang, Jelutong hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian itu pada pukul 9.09 pagi.

“Ketika pasukan bomba tiba di tempat kejadian, terdapat seekor burung gagak tersangkut pada tali layang-layang di atas pokok.

“Anggota menjalankan kerja-kerja menyelamat menggunakan tangga dalam keadaan selamat dan burung itu berjaya dilepaskan daripada simpulan tali,” katanya kepada pemberita hari ini.

Operasi tersebut dijalankan oleh pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI