fbpx

Adik yang luluskan wang beli Vellfire – Zoey Rahman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAKON Zoey Rahman menerima sebuah kenderaan mewah Toyota Vellfire daripada syarikat yang diusahakannya, Mike Series.

IJOK – Pelakon Zoey Rahman mendedahkan hadiah istimewa berupa sebuah kenderaan pelbagai guna jenis (MPV) Toyota Vellfire bernilai lebih RM300,000 daripada syarikat diusahakannya, Mike Series diluluskan oleh adiknya sendiri iaitu Haziqzuddin Abdul Rahman.

Kata Zoey atau nama sebenarnya, Mohd. Hairey Abd Rahman, 36, adiknya merupakan salah seorang ahli lembaga pengarah syarikat yang mengusahakan produk set kecantikan kosmetik tersebut.

“Saya tidak tahu pun adik yang luluskan sejumlah wang untuk membeli kenderaan pelbagai guna tersebut. Apabila saya dapat tahu, marah juga tetapi saya sedar niat dia baik.

“Lagipun kenderaan tersebut akan digunakan untuk kegunaan syarikat juga seperti urusan mengangkut barang dan sebagainya,” kata Zoey ketika ditemui Kosmo! Online pada majlis pelancaran Palut’s Superhero di sini sebentar tadi.

Turut hadir pada majlis berkenaan adalah Ketua Pengawai Eksekutif (CEO) Palut’s Food Sdn. Bhd., Ridzuan Ansar.

Menjawab tentang kecaman daripada netizen yang menganggap hadiah tersebut sebagai syok sendiri demi meraih publisiti murahan, Zoey tidak mudah melenting dan positif sahaja dengan situasi tersebut.

“Kenyataan yang keluar dalam media sebelum ini mengatakan kereta berkenaan dihadiahkan oleh staf saya adalah tidak betul sama sekali.

“Saya tahu ada netizen yang mengecam atas pembelian kereta ini, ada yang kata saya syok sendiri. Padahal memang saya tidak tahu langsung kejutan yang mahu diberikan.

“Saya jadikan cacian mereka sebagai pembakar semangat untuk lebih berjaya dalam bidang perniagaan. Saya cuma pekakkan telinga sahaja apabila dicaci. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

Terdahulu, sebuah portal hiburan melaporkan Zoey dihadiahkan Toyota Vellfire oleh kakitangan syarikatnya bernilai sekitar RM300,000. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI