fbpx

[VIDEO] Indonesia sahkan vaksin Covid-19 Sinovac halal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asrorun Niam. - YOUTUBE

JAKARTA – Suruhanjaya Fatwa Majlis Ulama Indonesia (MUI) hari ini memutuskan vaksin Covid-19 Sinovac yang dihasilkan China adalah halal untuk digunakan, lapor laman berita Detik.com.

Ketua Jabatan Fatwa dan Halal MUI, Asrorun Niam Sholeh berkata, status halal tersebut diperoleh selepas pihaknya selesai menjalankan audit terhadap bahan yang terkandung dalam vaksin berkenaan.

“Selepas melakukan perbincangan yang panjang lebar dengan kumpulan auditor, maka Suruhanjaya Fatwa mengesahkan bahawa vaksin Covid-19 yang dihasilkan Sinovac adalah suci dan halal.

“Bagaimanapun, keputusan ini adalah terhad kepada status halal bahan dan cara penghasilannya sahaja, manakala aspek toyyiban (kebaikan) pula, kita belum memutuskannya lagi,” katanya dalam satu sidang akhbar hari ini.

Asrorun Niam berkata, keputusan penuh status halal tersebut akan dikeluarkan selepas kaji selidik mengenai aspek keselamatannya diperoleh daripada Agensi Kawalan Ubat dan Makanan (BPOM).

“Suruhanjaya Fatwa MUI akan menunggu hasil kajian daripada BPOM untuk mengetahui aspek toyyibannya sebelum mengeluarkan keputusan penuh mengenai status vaksin ini sama ada boleh digunakan mahupun tidak.

“Ini kerana aspek keselamatan penggunaannya juga penting dalam menentukan status produk tersebut,” ujarnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI