fbpx

Polis tahan dua warga asing menawarkan khidmat ‘Sugar Mummy’, ‘Sugar Daddy’, ‘Sugar Baby’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA warga asing yang ditahan.

KUALA LUMPUR – Polis menahan dua lelaki warga Nigeria yang menawarkan khidmat ‘Sugar Mummy’, ‘Sugar Daddy’, ‘Sugar Baby’ tidak wujud dalam serbuan di Jenjarom, 5 Januari lalu.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd. Kamarudin Md. Din, berkata, polis menerima laporan berhubung isu penyalahgunaan gambar dalam satu akaun laman sosial media Instagram mempromosikan aktiviti terbabit pada 10 Julai tahun lalu.

“Kedua-dua suspek berusia 25 dan 31 tahun ditahan di sebuah premis di Jenjarom, Selangor susulan laporan yang dibuat.

“Polis juga merampas tujuh telefon bimbit, tiga komputer riba, satu modem, satu router, 12 kad sim, dua kad ATM serta wang tunai berjumlah RM138.,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat JSJK Bukit Aman, di sini, hari ini.

Katanya, hasil siasatan terdapat sembilan laporan polis membabitkan kes penipuan telekomunikasi, e-belian dan ‘love scam’ dengan kerugian berjumlah RM768,145.

Katanya, sindiket tersebut dipercayai mencipta akaun Instagram yang menawarkan perkhidmatan seks serta pengiring sosial namun khidmat berkenaan tidak wujud.

Selain itu, sindiket berkenaan menggunakan akaun itu sebagai medium bagi menipu laman sesawang berpacaran untuk menawarkan iklan perkhidmatan ‘Sugar Mummy’ atau ‘Daddy’ selain menawarkan ‘pekerjaan’ sebagai ‘Sugar Baby’ atau anak ikan.

“Bayaran dikenakan kepada orang ramai bernilai RMRM6,000 hingga RM8,000 semalam untuk ahli yang berdaftar bagi mendapatkan perkhidmatan seks atau anak ikan daripada sindiket terbabit.

“Caj bagi sesiapa yang mahu bekerja pula serendah RM400 untuk mendaftar sebagai ahli,” katanya.

Katanya, suspek menggunakan pelbagai jenis akaun bank untuk menerima bayaran bagi menggaburi mata pihak berkuasa.

Jelasnya, Kedua-dua suspek terbabit direman selama empat hari bermula 5 hingga 9 Januari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana melakukan penipuan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI