fbpx

Dua laluan di LPT1 masih ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lalauan di KM115 Temerloh dan Lanchang di LPT1 yang masih ditutup di kedua-dua hala.

PETALING JAYA – Laluan antara Temerloh dan Lanchang, Pahang di Kilometer (KM) 113 dan dan 115 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT1) masih ditutup kepada lalu lintas kerana masih ditenggelami banjir.

Menurut kenyataan Anih Berhad, keadaan sama turut berlaku di antara Persimpangan Lanchang ke Persimpangan Karak (KM84.6 sehingga KM84.7)

Bagaimanapun kata mereka, laluan antara Lanchang hala Kuala Lumpur telah di buka pada pukul 9 pagi, Selasa lalu.

“Pengguna dinasihati untuk menangguhkan perjalanan serta mematuhi arahan petugas di lokasi.

“Maklumat laluan alternatif boleh dirujuk ke Bilik Gerakan Bencana JKR Pahang di talian 09-5717157 atau layari portal Ebencana di bencanaalam.jkr.gov.my,”katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Jelas Anih Berhad, untuk mendapatkan maklumat sahih dan terkini pengguna boleh mengikutinya di laman rasmi media sosial Lembaga Lebuhraya Malaysia/ANIH Berhad di Twitter @LLMTrafik @LPTTrafik.

“Selain itu, maklumat juga boleh didapati di Facebook @Lembaga Lebuhraya Malaysia @Lebuhraya Pantai Timur atau hubungi Hotline LLM di 1800-88-7752 dan LPT-Line di 09 5479111/ 1-700-818-700,”katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI