fbpx

Intan, Harris nikah 6 Februari depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Intan mengesahkan bakal mendirikan rumah tangga bersama Harris pada 6 Februari depan.

PETALING JAYA – Umur bukan penghalang. Pelakon Intan Ladyana, 38, mengumumkan bakal menamatkan zaman bujang bersama Harris Alif, 21, pada 6 Februari depan.

Intan dan Harris yang mempunyai jurang usia 17 tahun itu bakal disatukan dalam sebuah majlis pernikahan di sebuah masjid ibu negara pada tarikh tersebut.

Khabar gembira tersebut dikongsi oleh syarikat pengurusan Sony Music Entertainment Malaysia dalam satu kenyataan akhbar sebentar tadi.

“Intan dan Harris akan diraikan dalam empat acara penting iaitu malam berinai, majlis nikah, resepsi dan acara bertandang.

“Mereka juga akan memakai barangan kemas bernilai RM13.5 juta tajaan Ceres Jewel untuk majlis pernikahan dan resepsi,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Terdahulu, pada Mei tahun lalu, bekas juara Idola Kecil musim ketiga itu mendedahkan dia menjalinkan hubungan cinta bersama pelakon filem Adnan Sempit selepas dikatakan mula rapat sekitar awal Januari 2020.

Sekitar Disember tahun lalu, khabar angin tentang pasangan ini bakal mendirikan rumah tangga bertiup kencang selepas Harris melancarkan single berjudul Anugerah yang ditujukan khas buat kekasih hatinya itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI