fbpx

[VIDEO] Harris Alif, Intan Ladyana bakal timang anak lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASANGAN pelakon, Harris Alif dan Intan Ladyana akhirnya mendedahkan jantina anak mereka yang bakal dilahirkan.

PETALING JAYA – Selepas hampir tiga bulan berahsia, pasangan pelakon Harris Alif dan Intan Ladyana mendedahkan mereka bakal menyambut kelahiran cahaya mata lelaki tidak lama lagi.

Berita gembira itu diumumkan menerusi perkongsian sebuah video istimewa majlis pengumuman jantina yang dimuat naik dalam Instagram.

“Anak lelaki,” tulis mereka berdua secara ringkas sebagai kapsyen.

Lebih meriah, majlis tersebut turut diadakan bagi meraikan ulang tahun kelahiran puteri sulung mereka, Evie Khadeeja.

Dalam majlis itu, Intan atau nama sebenarnya Intan Nurladyana Mohamat Yahaya, 42, dilihat memecahkan belon sebagai kejutan buat tetamu yang menantikan khabar tersebut.

Tinjauan Kosmo! Online menerusi ruangan komen mendapati, rata-rata netizen teruja dengan khabar gembira tersebut selain mendoakan pelakon filem Banglo Seksyen 12 itu dipermudahkan segala urusan untuk bersalin kelak.

“Wah akhirnya Harris dah ada teman nak main bola nanti, cukup dah sepasang, moga Intan dipermudahkan bersalin nanti,” komen netizen itu.

“Alhamdulillah dapat anak lelaki, seronok la Evie dapat adik baharu dan teman bermain, tak boleh nangis-nangis dah lepas ni, dah jadi kakak. Intan nampak berseri sangat macam sebaya dengan Haris, moga dipermudahkan,” demikian komen seorang lagi pengguna media sosial.

Sebelum ini, Harris atau Nor Harris Alif Nor Rashidi, 25, pada Disember lalu mengesahkan isterinya hamil namum memilih tidak berkongsi lanjut usia kandungan bayi dalam kandungan.

Sementara itu, Intan pula ketika ditemui media dalam sebuah majlis pada Januari lalu turut berkongsi pengalaman hamil ketika usia kandungan sudah memasuki enam bulan namun enggan mendedahkan jantina bayinya.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2021 dan permata hati sulung mereka dilahirkan pada 31 Januari 2022 yang kini berusia tiga tahun. – KOSMO! ONLINE.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Harris Alif (@harrisalif)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI