fbpx

Terpaksa pindah ke PPS baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kanak-kanak mengharung banjir dengan menggunakan sampan di Air Putih dekat Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Seramai 72 mangsa banjir yang ditempatkan di Dewan Orang Ramai Kampung Teladas terpaksa dipindahkan selepas pusat pemindahan sementara itu berisiko ditenggelami banjir hari ini.

Penduduk Kampung Teladas, Air Putih dekat sini dipindahkan ke Dewan Sivik Air Putih pada pukul 12 tengah malam hanya kira-kira enam jam memasuki PPS berkenaan.

Penghulu Mukim Tebak, Mohd. Azlan Ibrahim berkata, pemindahan PPS ke Dewan Sivik Air Putih yang terletak kira-kira dua kilometer dari Dewan Orang Ramai Kampung Teladas terpaksa diambil atas faktor keselamatan.

“Cuaca semakin buruk dan berdasarkan pengalaman Dewan Orang Ramai Kampung Teladas berisiko ditenggelami banjir seperti pernah berlaku pada tahun 2013.

“Sehubungan itu, kita ambil keputusan berpindah ke PPS terdekat yang lebih selamat sebelum perkara buruk terjadi,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Mohd. Azlan berkata, kesemua 72 mangsa daripada 15 keluarga dipindahkan ke PPS baharu dengan menggunakan lori Angkatan Pertahanan Awam.

Sementara itu, tinjauan mendapati beberapa perkampungan sekitar seperti Kampung Batu 16, Kampung Dadong dan Kampung Jenang dekat sini juga sudah mula dinaiki banjir. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI