fbpx

Hartanah di Kuala Lumpur kekal popular pasca pandemik Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kediaman bernilai tinggi di tengah ibu kota kekal popular dalam kalangan pelabur Asia  pasca pandemik Covid-19.

Pengerusi dan Pengarah Urusan Core Precious Development Sdn. Bhd. (Core Precious), Zhang Bao berkata, ini kerana penawaran harga yang kompetitif bagi setiap kaki persegi, potensi pertumbuhan jangka panjang dan polisi mesra pelabur.

“Projek kediaman di Kuala Lumpur merupakan pilihan pelaburan menarik kerana harganya yang berpatutan, kemudahan mencukupi serta akses mudah dengan perkhidmatan pengangkutan bersepadu manakala taraf kehidupan di sini merupakan antara yang terbaik di Asia Tenggara.

“Faktor lain adalah kos pendidikan antarabangsa mampu milik, sistem penjagaan kesihatan terbaik dan reputasi Kuala Lumpur sebagai salah satu destinasi persaraan paling popular,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Bao menjelaskan, laporan oleh firma pelaburan hartanah, Juwai IQI baru-baru ini menyatakan Malaysia dijangka menyaksikan peningkatan pembe­lian hartanah oleh pelabur asing dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Laporan berkenaan menyenaraikan Malaysia di tangga ketujuh dalam kalangan destinasi pilihan terbaik dunia bagi pembeli kediaman dari China.

“Malaysia antara negara pa­ling mesra pelabur asing di Asia Tenggara untuk pelaburan hartanah, berikutan penurunan harga pembelian minimum sejak 11 Jun lalu yang berkuatkuasa untuk tempoh setahun.

“Meskipun sedikit terkesan akibat pandemik dan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan, pelabur masih berminat dengan potensi pertumbuhan jangka panjang di negara ini serta disokong oleh tanda pemulihan ekonomi,” katanya.

Core Precious, syarikat usaha sama antara China Communications and Construction Group (CCCG) dan syarikat disenaraikan di Bursa Malaysia, WCT Holdings Bhd. sedang membangunkan sebuah projek hartanah kediaman bernilai tinggi di Tun Razak Exchange.

Unit bagi projek hartanah sulungnya, Core Residence @ TRX, menerima permintaan menggalakkan daripada pelabur dari negara-negara utama di Asia seperti China, Hong Kong, Taiwan, Korea dan Jepun.

Menurut Bao, pembangunannya bermula setahun lalu dan kini ia berjalan mengikut jadual untuk disiapkan menjelang 2023.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI