fbpx

APMM rampas 47 bubu naga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APMM mengangkat bubu naga yang dipasang secara haram di perairan Batu Pahat, Johor petang semalam. - Foto IHSAN APMM

KLUANG – Sebanyak 47 set bubu naga berjaya dirampas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Batu Pahat di perairan Batu Pahat petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohamad Othman berkata, rampasan dibuat dalam satu operasi pada pukul 3 petang ketika bot ronda sedang melaksanakan rondaan Op Jaksa di sepanjang perairan Muar hingga Pontian.

“Hasil maklumat orang awam, sebanyak 47 set bubu naga telah dikesan dan dipasang secara haram oleh pihak tidak bertanggungjawab di lokasi lebih kurang 0.2 batu nautika barat laut muara Sungai Ayam.

“Kesemua set bubu naga tersebut telah dirampas dan dibawa ke Pejabat Zon Maritim Batu Pahat untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad Othman, sepanjang tahun 2020, Zon Maritim Baru Pahat telah merekodkan 97 kes membabitkan bubu naga dan sebanyak 1,179 set bubu naga telah dirampas dengan anggaran nilai rampasan RM176,850.

“Situasi ini menggambarkan, masih terdapat kelompok nelayan yang mengambil jalan mudah bagi meraih keuntungan tanpa memikirkan akibat kepada kelangsungan ekosistem perikanan negara serta mata pencarian nelayan tradisional yang lain.

“Pihak Maritim Malaysia akan terus memantau aktiviti haram ini dari semasa ke semasa dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas,” katanya.

Katanya, seperti termaktub dalam Seksyen II(3)(c) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan dengan menggunakan kaedah yang tidak dibenarkan iaitu bubu naga yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.

“Maritim Malaysia juga turut meminta kerjasama dari orang ramai supaya segera melaporkan sebarang kes dan jenayah maritim yang berlaku di perairan negeri ini,” katanya.

Katanya, sebarang laporan, aduan dan kecemasan di laut boleh terus menghubungi Maritim Malaysia di talian 24 jam iaitu MERS 999 dan Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Batu Pahat di talian 07-434 4020. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI