fbpx

Penyokong dinobatkan MVP ABK20

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kehadiran penonton dalam acara sukan di stadium dibenarkan. -Gambar hiasan.

BUAT julung-julung kalinya, penyokong-penyokong bola sepak seluruh negara menerima pengiktirafan terbesar apabila diangkat sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2020 Virtual malam kelmarin.

Anugerah itu dianggap sebagai inisiatif terbaik oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) bagi menghargai sokongan penyokong meskipun mengharungi musim 2020 yang sangat mencabar gara-gara pandemik Covid-19.

MOHD. SAFARIZAL

Penyokong Kedah merangkap Pengerusi Kelab Penyokong Jaguh Utara (JUFC), Mohd. Safarizal Mohd. Sobri menganggap anugerah tersebut sebagai hadiah paling bermakna buat penyokong yang sentiasa memeriahkan saingan Liga Malaysia (Liga M).

“Sebagai wakil peminat seluruh negara, kami sangat terharu serta bangga dengan anugerah yang diberikan oleh MFL biarpun tidak dapat ke stadium atas arahan pihak berkuasa.

“Bagaimanapun, sokongan tidak pernah berhenti kerana kami sentiasa menonton perlawanan Liga M secara langsung selain mengikuti perkembangan setiap pasukan,” katanya.

KELVIN

Sementara itu, penyokong setia Pulau Pinang, Kelvin Leng berterima kasih atas anugerah tersebut selain mengakui peranan sebagai penyokong sangat dihargai MFL.

Katanya, dia langsung tidak menjangka penyokong-penyokong bola sepak negara diberikan penghargaan sedemikian memandangkan ia belum pernah berlaku sebelum ini.

“Saya langsung tidak menduga penyokong diumum sebagai pemenang MVP kerana ia memang di luar jangkaan. MFL sudah membuat keputusan bijak kerana penyokong sentiasa mengikuti perkembangan semasa walaupun tidak dapat turun ke stadium,” ujar Kelvin.

Sebagai rekod, jumlah tontonan Liga Malaysia mencecah angka lebih 29 juta dan ia membuktikan bola sepak sangat dekat di hati rakyat Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI