fbpx

CAAM sahkan insiden helikopter terhempas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan helikopter persendirian yang dinaiki dua lelaki terhempas di kawasan lapang di Jalan PKFZ Pelabuhan Barat, pagi tadi.

PUTRAJAYA – Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan sebuah helikopter jenis Robinson R66 terhempas di kawasan lapang berdekatan Pulau Indah, Pelabuhan Klang, Selangor, antara pukul 9.45 hingga 10 pagi tadi.

Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Kapten Chester Voo berkata, helikopter yang dikendalikan oleh My Heli Club itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada pukul 9.05 pagi dan berada di ruang udara Pulau Indah pada pukul 9.21 pagi.

“Juruterbang melaporkan ops normal pada pukul 9.45 pagi dan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur tidak menerima sebarang panggilan kecemasan selepas itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Chester berkata, CAAM telah mengaktifkan Aeronautical Rescue Coordination Centre setelah menerima maklumat mengenai kemalangan tersebut.

“Kemalangan itu melibatkan seorang juruterbang dan pembantu juruterbang warga tempatan.

“Kedua-dua juruterbang dilaporkan mengalami kecedaraan dan berada dalam keadaan stabil,” katanya.

Sementara itu, Chester berkata, siasatan lanjut akan dilakukan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan mengikut Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI