fbpx

172 saman trafik dikeluarkan ketika ambang tahun baru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis trafik memeriksa kenderaan dalam Ops Ambang Tahun Baru 2021 di Kota Bharu malam tadi.

KOTA BHARU – Sebanyak 172 saman dikeluarkan sempena dalam Ops Ambang Tahun Baru 2021 kepada pengguna jalan raya di daerah ini malam tadi.

Operasi yang bermula pada pukul 9 malam sehingga pukul 2 pagi tadi menumpukan kawasan Jalan Sultan Yahya Petra ke Balai Islam Lundang di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik ( JSPT) Kelantan Superintendan Mohd. Zamri Mohd. Rowi berkata, kesalahan yang dikesan antaranya tiada lesen memandu, tidak memakai tali pinggang keledar, lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi, melanggar lampu merah, cermin sisi dan modifikasi ekzos.

“Dalam operasi itu, sebanyak 143 kenderaan diperiksa seperti motosikal, kereta, kenderaan jenis pacuan empat roda, kenderaan pelbagai guna (MPV) dan van.

“Kita turut melakukan pemeriksaan terhadap seramai 152 orang lelaki dan wanita yang menaiki kenderaan tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Menurutnya, operasi itu bertujuan menguatkuasakan undang-undang jalan raya, rondaan cegah jenayah kemalangan selain penguatkuasaan kepada samseng jalanan melibatkan aktiviti lumba kereta dan motosikal.

Tambahnya, dalam operasi itu, tiada tangkapan itu dilakukan terhadap pengguna jalan raya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI