fbpx

Hong Seng beli tanah seluas 42 hektar pada harga RM45.74 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Hong Seng Consolidated Bhd. (Hong Seng) menerusi anak syarikat milik penuhnya, Hong Seng Industries Sdn. Bhd. (HS Industries) telah menerima surat daripada Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) untuk mendapatkan tanah seluas 42 hektar di Kedah Rubber City (KRC) pada harga RM45.74 juta.

Pembelian tanah itu bertujuan untuk membina kilang pembuatan nitrile butadiene latex (NBL).

NBL ialah bahan utama bagi penghasilan sarung tangan nitril yang mewakili 70 peratus daripada eksport sarung tangan negara.

Pengerusi Eksekutif Hong Seng, Datuk Teoh Hai Hin berkata, HS Industries ditubuhkan untuk terlibat dalam pembuatan dan dagangan NBL.

Jelasnya, dengan permintaan luar biasa bagi sarung tangan nitril akibat pandemik, bekalan NBL seluruh dunia juga semakin berkurangan.

“Dengan menubuhkan kilang NBL sendiri, ia memberikan bekalan berterusan kepada anak syarikat kami, Hong Seng Gloves Sdn. Bhd. di Kedah dan pada masa sama, mengisi ruang di pasaran.

“Ia membolehkan kami menjadi pembuat sarung tangan dan NBL bersepadu di Malaysia, dengan memiliki segmen huluan dan hiliran dalam rantaian bekalan sarung tangan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Hong Seng pada 15 Disember lalu telah memperoleh kelulusan untuk mempelbagaikan perniagaan bagi melibatkan pembuatan dan dagangan sarung tangan serta produk peralatan perlin­dungan peribadi lain, perkhidmatan dan pembekalan produk penjagaan kesihatan serta sewa beli.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI