fbpx

Penganggur ditetak angkara dendam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

GUA MUSANG – Seorang penganggur cedera selepas ditetak dengan sebilah parang di rumahnya di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) Paloh 1 di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu, mangsa yang berusia 30 tahun diserang seorang lelaki yang juga penganggur berusia 35 tahun.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan, Sik Choon Foo berkata, mangsa dan suspek dipercayai mengenali antara satu sama lain dan pernah berlaku perselisihan faham antara mereka.

Katanya, kejadian itu juga dipercayai berpunca daripada dendam antara kedua-dua mereka sebelum ini.

“Siasatan awal mendapati, mangsa didatangi suspek yang terus menetaknya dengan menggunakan senjata tajam ketika dia berada di rumah.

“Akibat daripada tetakan itu, mangsa mengalami cedera pada bahagian tengah kepala, luka di kaki dan luka lebih kurang lima sentimeter di bahagian belakang badannya,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Choon Foo berkata, mangsa telah dihantar ke Klinik Kesihatan Chiku 3 di sini untuk rawatan lanjut dan dia dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Katanya, suspek yang menetak mangsa juga telah ditahan di rumahnya di Kampung Chawah dekat Tanah Merah.

“Sebilah parang turut ditemui bersama suspek yang dipercayai digunakan dalam kejadian terbabit.

“Siasatan lanjut masih dijalankan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI