fbpx
Mayat seorang lelaki ditemui dalam kawasan bangunan lama Jabatan Kerja Raya (JKR) di Jalan Istana hari ini. - Foto Ihsan IPD KOTA KINABALU

Mayat lelaki ditemui dalam bangunan lama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA KINABALU – Mayat seorang lelaki berusia 52 tahun ditemui dalam kawasan bangunan lama Jabatan Kerja Raya (JKR) di Jalan Istana hari ini.

Mayat terbabit ditemui orang awam yang melalui kawasan berkenaan kira-kira pukul 6.30 pagi sebelum memaklumkan kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, sepasukan pegawai dan anggota diarahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima makluman awam menerusi talian kecemasan 999.

“Siasatan di lokasi kejadian mendapati mayat lelaki itu terbaring dengan beberapa kesan kecederaan.

“Pemeriksaan lanjut ke atas badan mangsa juga mendapati terdapat enam kesan luka kecil pada bahagian muka, satu di bahagian telinga kanan selain lebam di leher.

“Bagaimanapun, kesan kecederaan di muka mangsa belum dipastikan samaada daripada senjata, gigitan atau cakaran haiwan liar memandangkan kawasan kejadian terdapat banyak monyet,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Mengulas lanjut, Habibi berkata, siasatan awal turut mendapati mangsa dikenali sebagai Hasuma Aksa, berusia 52 tahun namun siasatan masih diteruskan termasuklah mendapatkan bantuan daripada Unit Forensik Ibu Pejabat Kontijen (IPK) Sabah bagi membuat pemeriksaan di lokasi penemuan mayat.

“Kita juga menghubungi Unit Anjing Pengesan K9 untuk membantu siasatan lanjut selain menemubual saksi kejadian manakala mayat mangsa akan menjalani proses bedah siasat selepas ujian saringan Covid-19,” katanya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN