fbpx

Lelaki kempunan plat XX3445, rugi RM2,800

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEBERANG PERAI – Seorang pengurus syarikat swasta bukan sahaja kempunan memiliki nombor pendaftaran kenderaan yang diinginkan, bahkan rugi RM 2,800 selepas dipercayai menjadi mangsa sindiket penipuan minggu lalu.

Lelaki itu dikatakan terjerat dalam penipuan tersebut selepas melihat iklan di laman sosial Facebook dan berhasrat membeli nombor pendaftaran kenderaan XX3445.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, mangsa tertarik kerana ia ditawarkan pada harga murah di samping nombor yang menarik.

“Mangsa telah berhubung dengan seorang lelaki bernama Eric sebelum ditawarkan dengan nombor-nombor pendaftaran kenderaan yang menarik dan mampu milik.

“Dia telah bersetuju dan diminta membuat bayaran sebanyak RM2,800 bagi pembelian nombor pendaftaran yang dipilih,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, selepas menjelaskan bayaran mangsa tidak memperoleh nombor pendaftaran tersebut dan peniaga itu memberi banyak alasan.

“Nombor telefon suspek juga telah gagal dihubungi sebelum dia membuat laporan polis.

“Polis tidak menolak kemungkinan suspek merupakan ahli sindiket pembelin online tidak wujud berdasarkan modus operandi digunakan,” ujarnya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI