fbpx

Langkah kementerian Wilayah Persekutuan beri kesan positif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Langkah dilakukan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan yang membenarkan warga kota untuk berniaga secara kecil-kecilan sejak 15 November lalu dilihat telah memberi kesan positif kepada mereka.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, langkah tersebut juga turut membantu memulihkan ekonomi negara yang sedang berdepan krisis kesihatan.

“Saya mendapat banyak respon positif daripada peniaga dan pekerja di pasar borong ini, namun ada isu yang dibangkitkan adalah perlindungan sosial dan lesen perniagaan.

“Ramai pekerja di sini tidak mencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) manakala ada juga peniaga tidak mempunyai lesen,” katanya melalui kenyataan akhbar selepas membuat tinjauan di Pasar Borong Kuala Lumpur hari ini.

Sebelum ini, Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa mengumumkan dasar Wilayah Bebas Berniaga mulai 15 November lalu hingga 15 April 2021.

Mustapa menambah, Sekretariat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) akan menjadi penghubung di antara peniaga dan pekerja dengan pihak berkenaan bagi menyelesaikan isu-isu yang berbangkit.

“Perlindungan sosial merupakan antara perkara yang diberi keutamaan oleh EAC, kerajaan secara agresif menggalakkan majikan supaya menggantikan pekerja asing dengan pekerja tempatan,” jelasnya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI