fbpx

Dua beranak maut kereta rempuh pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang melakukan operasi mengeluarkan mangsa yang maut selepas Perodua Alza melanggar pokok dalam kejadian di Felda Air Batu, Kulai hari ini.

KULAI – Seorang bapa dan anak lelakinya maut selepas kenderaan dinaiki mereka merempuh sebatang pokok akasia selepas terbabas di Jalan Felda Bukit Batu, di sini awal pagi hari ini.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Firdaus Juritah berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada pukul 6.45 pagi.

Ujarnya, sehubungan itu tujuh anggota beserta sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Kulai dikejar ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, kenderaan jenis Perodua Alza terbabit didapati telah terbabas dan merempuh sebatang pokok akasia yang berada di tepi jalan.

“Pemandu lelaki berusia 34 tahun serta seorang penumpang hadapan yang berusia 13 tahun ditemui dalam keadaan tersepit dan disahkan maut di lokasi kejadian.

“Anggota bomba kemudiannya bertindak mengeluarkan kedua-dua mangsa menggunakan peralatan khas,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, kedua-dua mangsa dipercayai merupakan pasangan bapa dan anak dan dikenali sebagai Mohamad Khairul Hasan, 34, dan Mohd. Khairil Akmal Mohamad Khairul, 13.

“Jenazah kedua-dua mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI