fbpx
Pasukan penyelamat mengeluarkan mayat mangsa daripada hutan paya bakau di Jalan Sri Sementa, Klang hari ini

Warga emas keluar beli santan ditemui maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG- Seorang warga emas yang dilaporkan hilang oleh keluarganya semalam, ditemui maut dalam sebuah hutan paya bakau di Jalan Sri Sementa, di sini hari ini.

Timbalan Ketua Zon Bomba Klang, Khairulazhar A. Rahaman berkata, pihak polis telah menghubungi bomba untuk mencari R. Harikrishnan, 75, pagi tadi selepas mangsa telah dua hari tidak pulang ke rumah.

“Keluarganya melaporkan kepada polis bahawa mangsa telah keluar untuk membeli santan di kedai berdekatan rumahnya, Khamis lalu.

“Namun dia tidak pulang ke rumah lantas keluarganya membuat laporan polis di Balai Polis Kapar, semalam,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, operasi bagi mencari dan menyelamat bermula pada pukul 11 pagi dengan penglibatan seramai 13 anggota serta pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Pinang dan ibu pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor.

Khairulazhar berkata, radius kawasan pencarian mangsa dianggarkan seluas lima kilometer dan pasukan menyelamat telah menemui sepasang selipar juga basikal milik mangsa, kira-kira 1.5 kilometer dari tempat mayat mangsa ditemui.

“Pada pukul 4.28 petang, pasukan anjing pengesan (K9) menemui mayat mangsa di belakang sebuah pokok bakau.

“Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN