fbpx

Feri ikonik hanya untuk motosikal, basikal bermula 1 Januari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

GEORGE TOWN – Perkhidmatan feri ikonik hanya boleh digunakan oleh penunggang motosikal dan basikal bermula 1 Januari ini seperti yang diumumkan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) sebelum ini.

Pengerusi SPPP, Datuk Tan Teik Cheng dalam kenyataan hari ini berkata, ia adalah selaras dengan kenyataan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong kelmarin berhubung perkhidmatan berkenaan.

“Bermula 1 Januari 2021 perkhidmatan feri bagi penumpang adalah dengan feri (bot) laju.

“Operasi perkhidmatan itu adalah di antara Pangkalan Sultan Abdul Halim di Butterworth dan Terminal Swettenham Pier Cruise di sebelah pulau,” katanya dalam kenyataan di sini.

Menurut Teik Cheng lagi, pihaknya akan menyediakan perkhidmatan bas shuttle secara percuma untuk membawa penumpang dari Terminal Swettenham Pier ke Pangkalan Tun Raja Uda (terminal sebelum ini) bagi memudahkan penumpang meneruskan perjalanan dengan bas atau teksi.

“Operasi perkhidmatan feri bagi motosikal dan basikal adalah di antara Pangkalan Sultan Abdul Halim dan Pangkaan Raja Tun Uda.

“Perkhidmatan feri untuk kenderaan empat tayar tidak akan disediakan mulai 1 Januari ini,” katanya lagi.

Penggunaan feri bot laju dan feri sedia ada merupakan langkah interim sebelum feri baharu iaitu bas air dan pengangkut kenderaan digunakan pada 1 Julai 2022 atau lebih awal.

Dalam tempoh itu, kedua-dua pangkalan feri itu akan diubahsuai dan dinaiktaraf bagi kesesuaian untuk mengendalikan perkhidmatan baharu tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI